Katalog

Monday, September 27, 2010

Mengapa Kita Harus Memiliki Emas......

Nukilan ini kita kongsikan dari salah seorang sahabat Emas
En Sabri Ahmad...moga dapat memberi kita kesedaran betapa pentingnya
kita menyimpan Emas.


1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.
3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).
4) Aset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) Tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009
Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Jangan TUNGGU lagi,
mulakan sekarang dan dapatkan koleksi
pertama anda dari kami di
Epshoppe
Call saya di talian 0139389106 

Saturday, September 25, 2010

"BUNGA RAYA"Syling Emas 999.9/ 24K 10gram Paling Murah Di Malaysia


Setakat ini, Syiling emas 999.9 Bunga Raya adalah syiling emas 999.9 10 gram termurah di tanah air Malaysia.


Apabila memperkatakan emas sebagai penyimpan nilai, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah harganya.Sekiranya sesuatu emas itu mahal, maka fungsinya sebagai penyimpan nilai adalah tidak sempurna.


Pada julat harga RM 13xx hingga RM 141x, ianya adalah mampu milik bagi golongan sederhana.





BESERTA SIJIL KEASLIAN
( boleh bawa ke arrahnu dpt RM1035 ar rahnu Agrobank )

Setakat ini, Syiling emas 999.9 Bunga Raya adalah syiling emas 999.9 10 gram termurah di tanah air Malaysia.
Sila hubungi saya di talian 0139389106 utk mendapatkan syiling 10g Emas 999.9 pasti puas hati!!





10 gram RM1460 sahaja!!


 Soalan LAZIM yg di tanya:

 TULEN KE SYILING NI?? 24K ke?

Jawapan : YA! Syiling ini EMAS TULEN 24K atau EMAS 999.9




JADIKAN SYILING INI KOLEKSI TERBARU ANDA!!

Sunday, September 19, 2010

Pertanyaan Hangat Di Pasaran Emas.......


Bagaimana nak mula dgn EMAS nie?

Macam mana nak mula?macam mana nak beli? macam mana nak melabur emas? itulah soalan utama yang sering diajukan kepada saya. Itu perkara biasa jer. Di sini saya nak citer2 skit lah cmna nak mula bagi bakal pelabur2 emas.
Sebenarnya senang saja..seperti yang anda semua maklum..harga emas ni sentiasa dalam trend menaik..walaupun ada kala harga jatuh adakala harga naik..tapi secara keseluruhannya..harga emas tetap dalam trend menaik..


cuba tengok graf kat bawah ni..untuk jangka masa 10 tahun..


semua ni anda buleh rujuk dekat website http://www.kitco.com  
ok..dah tengok? ok sekarang pulak..saya nak bagi tau macam mana nak mula?
anda semua buleh la rujuk web ni http://www.publicdinar.com/  untuk emas dinar, tak pun kalau ade yang berminat nak simpan emas bar (jongkong)bleh la rujuk http://www.publicgold.com.my/  


Harga terkini bagi Emas Public Gold, adalah seperti contoh jadual dibawah (biasanya jadual begini terdapat di tepi web yg tersebut).

Harga We Sell ialah harga EMAS yang dijual oleh saya dan
Harga We Buy ialah harga EMAS yg sy beli bila anda nak jual balik kpd sy.



Sebenarnya ramai juga yang tanya apa beza Emas Public Dinar(PD) dan Emas Public Gold(PG). PD dan PG adalah dibawah keluaran syarikat yang sama iatitu dari syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Public Gold. 


Emas PG ketulenannya adalah 999 ( 24K ) atau kalau bahasa kampung tu emas 10, terdapat dalam bentuk

20 gram ,50 gram (bentuk Bar) , 50 gram (bentuk syiling/coin) ,100 gram,  1 kilogram


Manakala Emas PD ketulenannya adalah 916, (22K ) terdapat dalam bentuk;

1 Dinar  5 Dinar   10 Dinar

Public gold juga mengeluarkan pelbagai barang kemas dengan ketulenan 916 (22K). Bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki dan mendapatkan barang kemas dengan harga pasaran emas dunia bolehlah melayari website http://www.publicjewellery.com.my  


Lepas dah cek harga kat web public dinar, public gold dan public jewellery  tadi…
langsung saje call saya di talian 013-9389106 untuk lock harga tu.. sebab kalau x lock takut harga tu naik pulak bila nak beli nanti.... 

so jangan tunggu lama-lama..lock price sekarang..harga naik ke harga turun ke..anda pasti x rugi..nak tau kenapa?nanti saya ajar caranya ok ...

ingat BILA BELI EMAS, PASTIKAN ANDA DAPAT  EMAS

Tuesday, September 7, 2010

 Salam dihulur tanda kemaafan

Saling Memaafi Lumrah insan

Salam Lebaran Pada Semua

Semoga Adil Fitri Kita Bermakna 
                                                                              Iklas dari Kami: Epshoppe

Friday, September 3, 2010

Dinar dan Dirham

Dapatkan Dinar dan Dirham pertama anda hari ini.....
Matawang syariah yang memang sepatutnya dimiliki
Dok tak lupus dek inflasi... ;-) 

Dinar Kelantan


DirhamKelantan
Jualan mengikut harga semasa Dinar dan Dirham
tambah kos pengangkutan


Peluang Untuk menjadi Ejen Public Gold

Promosi Raya
HURRY...! HURRY...! HURRY....!
Jangan lepaskan peluang menjadi Ejen Public Gold dengan modal hanya sebanyak RM 20,000

Promosi ini adalah untuk masa terhad jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi "TOKEY EMAS"