Katalog

Monday, October 18, 2010

Bermulanya Era KeEmasan dalam HidupKu....

Salam....
Pertama sekali saya ucapkan ribuan terimakasih pada En Sunthara Segar,
penulis artikel kewangan di Majalah Mingguan Wanita.Beliau adalah orang yang pertama-tama mengirimkan email mengenai eBook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas karangan Mahaguru En Syukor Hasyim,kira kira pertengahan Ogos Tahun 2009.
Click to Buy
Setelah membaca email tersebut langsung terbuka hati untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas ini.Tanpa membuang masa, saya langsung membeli online ebook tersebut dan setelah saya print dan bukukan...saya langsung baca dan baca  dan baca hingga faham jugak la sikit-sikit.
Betul kata orang2 pandai "biar ilmu di tuntut hingga ke liang lahat" sampai hari ini masih banyak yang perlu saya pelajari dan akan terus belajar lagi.Terimakasih juga pada Rakan2 Blogger Emas di luar sana, terutama sekali pada Master Dealer saya Cikgu Azrul, Amir Inspirasi Emas dan Ady(EIS  Niaga Entp) yang begitu baik dan sanggup berkongsi Ilmu dan mendedahkan banyak pengetahuan dan langkah2 terbaik yang patut saya lakukan untuk menjadi Penyimpan,Pelabur,dan Peniaga Emas.Akhirnya setinggi tinggi Terimakasih Pada PFGI PUBLIC GOLD yang menyediakan wadah Pelaburan Dan Perniagaan Emas yang Terbaik dan Mesra Pengguna (dapat lah  kami merasa diri menjadi Tokey Emas huhuhu...)
Click to go to the Website
Langkah Pertama saya Bermula 
Pada Sept 2009                                                                                Saya membuka akaun simpanan GSPA di Maybank Kuantan.Pada masa tu harga emas GSPA RM 112.47/g. Dalam jangka masa sebulan lebih sahaja harga emas naik sehingga mencecah RM 135.33/g. Betapa terujanya saya melihat kenaikan ini dan membayangkan keuntungan yang saya perolehi dalam masa  sebulan lebih sahaja....Saya keluarkan keuntungan yang saya perolehi dari akaun GSPA dan dengan wang tersebut dapat lah saya memiliki 1/2 oz Kijang Emas....dari situ.pelan2 saya memulakan membeli dan menyimpan emas fisikal seperti Public Dinar, Public Gold Bar,Barang Kemas dan Perak.Berbalik pada Akaun simpanan GSPA tadi.Saya ingat akan pesan Mahaguru bahwa emas adalah suatu pelaburan jangka sederhana dan panjang.jadi kiranya dulu,saya bermula diwaktu dan masa yang tepat sekali.Lalu modal pelaburan dalam akaun GSPA saya biarkan hinggalah pertengahan sep 2010 ketika harga Emas GSPA mencecah RM 130.09/g saya keluarkan semua modal tersebut (tak leh kuar abis pun...kena tinggal 5g kalau berhajat untuk menyambung nyawa akaun GSPA) dengan hajat baru untuk memulakan era Emas Fisikal sepenuhnya selepas ini.Kerana dengan emas fisikal ini saya dapat menyimpan dan berniaga emas,dan pada masa yang sama, saya dapat manipulasikan sepenuhnya untuk mendapatkan keuntungan yang berganda( mesti ingat! biar kita melabur dengan ilmu...) Terimakasih sekali lagi pada Mahaguru pengarang eBook MRPE kerana menyedarkan saya tentang betapa banyaknya emas2 yang saya kehilangan selama ini.

p/s sampai sini dulu...lepas ni kita sambung dengan detik2 menjadi agent sah Public gold plak.... 

    2 comments:

    1. tahniah kak erika..
      semoga terus success..
      :)

      ReplyDelete
    2. Tq faisal...moga kita sama2 maju dan berjaya.
      All the best!

      ReplyDelete