Sunday, January 9, 2011

Jadual seminar Januari 2011.

Bagi mereka yang terlepas seminar bulan Disember 2010, 

anda masih berpeluang menyertai seminar pada bulan ini.

Hari Masa Tajuk  Negeri Tempat 
Sabtu
.8/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka 
Jumaat
.14/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia. 
Rabu
.12/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani 
Khamis
.13/1/2011
. 
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak 
Ahad 16/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban, 
Rabu 19/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank) 
Khamis
.20/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu 
Jumaat 21/1/2011
. 
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kuantan
Pahang 
Hotel Seri Malaysia
Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan 
Sabtu 22/1/2011
. 
2 sesi (pilih salah satu sahaja) i. 12 tgh – 2.00 ptg ii. 8.30PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, 
anda perlu hadir ke seminar ini.
Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. 
Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. 
Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas  

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. T
etapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901 
butiran-butiran berikut:
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas 
samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.  

From:
En.Syukor Hasyim
Admin Jutawan Emas

Faktor Pengaruh Harga Emas...

Dalam post kali ini, saya ingin membincangkan faktor-faktor yang dapat 
mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas dunia. 
Sebagaimana kita tahu, emas merupakan komoditi yang tidak dipengaruhi oleh
 faktor-faktor seperti peperangan, bencana alam dan ketidakstabilan politik. 
Meskipun emas amat sukar dimanupulasikan, namun perkara-perkara dibawah 
perlu dipertimbangkan ketika membuat keputusan melabur dalam emas:
1. Pengaruh kejatuhan/pengukuhan USD dalam kenaikan/penurunan emas
USD memainkan peranan penting sebagai faktor atau indeks perbandingan ke atas emas. 
Seandainya pengukuhan USD berlaku, harga emas akan mengalami 
penurunan dan begitu juga sebaliknya. Kestabilan dan peningkatan ekonomi US 
akan turut mempengaruhi harga emas.
Sebagai contoh, berikutan berita pengukuhan USD dan ekonomi US 
oleh Non-Farm Payrolls Report telah menarik ramai pelabur untuk beralih 
dari memilih emas sebagai 'safe haven' untuk melabur ke dalam pasaran
yang lebih berisiko tinggi untuk meraih keuntungan yang lebih besar. 
Untuk maklumat lanjut, sila layarihttp://www.guardian.co.uk/busi…..m-payrolls
2. Pengaruh pengukuhan RM ke atas USD
Pada tahun 2010, kita telah menyaksikan kenaikan RM berbanding USD.. 
bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah hari ini 1USD = RM3.06. 
Keadaan ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 
adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Apakah benar-benar RM mengukuh??
Kenapa harga minyak terus naik??
Apakah komoditi akan terus naik??
Bagaimana dapat kita pastikan perkara ini??
Satu cara yang paling mudah ialah membandingkankan nilai tukaran RM 
terhadap nilai matawang jiran kita SGD. Ternyata sebenarnya, 
RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. 
Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, 
RM mungkin mengukuh relatif kepada USD.. tetapi bagaimana pula SGD. 
Jika tahun-tahun lalu 1SGD=RM2.20, pada tahun 2010 
kadar maksimum yang dicatat 1SGD = RM2.40, 
dan 1USD = RM3.08 pada hari yang sama.
Klik link ini untuk melihat dengan lebih terperinci..
http://www.bnm.gov.my/index.ph…..38;unit=rm
Sebagaimana mana kita mengatakan, 'Harga emas tak berubah, 
cuma nilai matawang yang jatuh' 
mungkin itu juga yang berlaku kepada USD, 
'Harga RM tak berubah, cuma nilai USD yang jatuh'.  
Cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, 
nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. 
Faktor ini jugalah yang menyebabkan saya terus membeli emas, 
meskipun ramai yang berkata mahal.
Untuk faktor-faktor yang seterusnya, 
saya harap para pembaca dapat kongsikan bersama di sini…     

Saturday, January 8, 2011

Ciri Ciri Skim Cepat Kaya Dengan Emas

SKIM CEPAT KAYA GUNA ‘EMAS’


SKIM CEPAT KAYA – JAUHI LAH..
Adakah Anda Tahu ?
1. Saya ingin cerita dan kongsi sedikit pengalaman menghadiri seminar Skim Cepat Kaya.Sekarang saya ceritakan…
2. Beberapa tahun dahulu saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh syarikat Etika Emas (M)Sdn Bhd.
3. Seminar ini telah diadakan di GoodHope Hotel Skudai Johor.Bila seminar tu bermula, saya pun duduk lah dikerusi paling belakang sekali.
4. Seminar pun bermula,dan salah satu pegawai pemasaran syarikat terbabit memberikan penerangannya.Ringkasnya berbunyi begini…hehe Anda Beli 1 Ketul 100Gram Jongkong Emas PamP Suiess dengan harga RM10,000(harga emas pada masa itu),kami dari syarikat Etika Emas akan memberi anda lagi 2 ketul 100Gram Jongkong Emas PamP Suiess secara percuma kepada anda,jadi jumlah Emas anda ada 3ketul 100 Gram.
5. Kemudian pegawai Etika Emas akan menyuruh anda tanda tangan satu surat perjanjian antara anda dan pihak syarikat….Selepas tu,anda akan di bawa ke Ar-Rahnu Bank Rakyat untuk membuat Gadaian atas nama anda.
6. Berapakah anda perlu Gadai? tentulah kesemua 3 Ketul Emas anda tadi. jadi 3 Ketul x RM10,000=RM30,000. Nilai gadaian pada masa itu adalah 65 peratus, jadi gadaian anda dapat RM19500.
7. RM19500, Adakah anda dapat..? tentulah tidak..Kesemua duit itu akan diambil oleh pihak syarikat Etika Emas mengikut perjanjian yang telah di buat oleh anda. Malangnya.
8. Jadi apa yang anda dapat? Berdasarkan kepada perjanjian yang telah anda tandatangani, anda hanya akan di beri RM300 saja setiap bulan sehingga tamat perjanjian yang termaktub. Lihat lah operasi syarikat ini, dah lah beli emas tak dapat emas, kena guna nama sendiri untuk gadaian RM30,000 pula. Ini di panggil perjanjian berat sebelah.
9. Apabila syarikat diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia, semua impian menjadi kaya cepat terus lebur. Apa yang dapat hanya Hutang meninggi dengan pihak Bank…sedih dan malang sungguh.
10. Masih ada lagi syarikat yang menjalankan urusniaga seperti ini. Perkara ini dilakukan oleh serpihan-serpihan ejen-ejen Etika emas. Sebelum memulakan pelaburan anda, selidik dahulu syarikat-syarikat yang menjalankan urusniaga pelaburan emas.
11. Pastikan ia telah mendapat surat kebenaran dari bank Negara. Berapa lama syarikat telah beroperasi, berguru dengan orang yang benar-benar mahir dalam pelaburan emas.
Cerita Kedua…huhu..renungkan.
1. Syarikat Dencomm Sales and Service yang ber ibupejabat di Bandar Penawar Kota Tinggi Johor.
2. Syarikat ini adalah syarikat yang terbaru di serbu oleh pihak Bank Negara Malaysia.
3. Syarikat ini menawarkan untung 10% selama 5-10 tahun mengikut perjanjian dari pembelian barang (konon-kononnya). Pada awalnya hanya RM500 untuk pembelian paling rendah, tetapi dinaikkan kepada RM5000 setelah ramai ahli yang menyertai.
4. Tetapi apa kan daya, selepas syarikat ini di serbu BNM, semua ahli tidak menerima lagi wang bulanan yang dijanjikan mereka…kena lagi..Malang Sungguh….
5. Sudah ramai rakan-rakan baik saya telah terpedaya dengan Skim ini.
6. walaubagaimanupun, masih lagi terdapat skim2 ini di Malaysia yg dijalankan oleh serpihan ejen2 etika emas dengan menggunakan nama yang berbeza tetapi modus operandi adalah sama.. hati-hati bakal-bakal pelabur. diharap anda jangan terpedaya.

Info Tempahan Online Public Gold

Diharapkan dengan info ini dapat mengelakkan Akaun Tempahan Online kita
di tidak aktifkan.....(suspended)

Bagi tujuan penambahbaikan sistem pengurusan pesanan dan pengambilan stok,
beberapa syarat untuk Lock Price / Book Price telah diperketatkan.

1- Setiap order / lock price perlu di bayar 10% deposit dari jumlah pesanan 
dalam tempoh 24 jam selepas pesanan di buat.

2- Jika deposit tidak dibuat selepas 24 jam, 
status order tersebut akan di "Suspend", 
bermakna anda / pelanggan tidak boleh membuat order baru 
sehinggalah deposit 10% tersebut di jelaskan.

3- Sekiranya deposit / bayaran tidak di jelaskan dalam tempoh 24 jam 
selepas order tersebut di "Suspend", maka order / lock price tersebut 
akan di batalkan dan nama anda / pelanggan akan di senarai hitamkan, 
bermakna anda tidak boleh membuat sebarang Lock Price lagi.

4- Manakala bagi Dealer atau Master Dealer, 
nama anda akan di senarai hitam dan status Dealer / Master Dealer anda 
akan di digugurkan sekiranya akaun anda telah di "Suspend" sebanyak 2 kali.

Justeru, kepada Dealer2 dan MD jaga prestasi dan nama baik anda 
demi kepentingan dan kemajuan perniagaan anda sendiri.

Kepada pelanggan / pembeli, pastikan anda telah betul2 ikhlas untuk urusan jual beli, 
jangan terlalu mudah Lock Price, kemudian bila harga turun anda terus senyap sahaja.

Kepada semua, jika anda belum betul2 bersedia 
untuk menjadi seorang pelabur 
tidak kira dalam apa jua jenis pelaburan, 
sila buat pelaburan ke atas ilmu pelaburan dahulu, 
fahami dan kuasai ilmu pengurusan kewangan, 
pengurusan pelaburan dan pengurusan risiko.

Jika anda seorang yang takut akan risiko kerugian, 
tetapi mahukan keuntungan besar dan pulangan tinggi, 
rasanya anda belum bersedia untuk menjadi seorang pelabur, 
mungkin lebih sesuai bekerja makan gaji sahaja. 
Maaf jika agak kasar, tetapi ini hakikat yang perlu difahami.



kredit to pelaburjutawan.com